Sunday, August 28, 2011

merdeka raya!!!




hari ini 29 Ogos 2011

hari terakhir barangkali
umat Islam menunaikan ibadah 
rukun islam yang ke empat ni
entah dapat ke tidak
kita bersua dengannya lagi
selepas ini
semoga kita mendapat keberkatan 
dalam beribadah



. . . . . . . . . . . . . . . . . 


hari ini 30 Ogos 2011

hari pertama agaknya
hari kemenangan bagi semua umat Islam
hari untuk kita berehat
beramah mesra 
mengeratkan silaturrahim
yup
salah satu hari yang diharamkan berpuasa
hari ini
HARI RAYA AIDILFITRI



. . . . . . . . . . . . . . . . . 


hari ini 31 Ogos 2011


hari yang memang tetap setiap tahun
sejak tahun 1957 lagi
hari ini
tarikh ini
telah dipilih untuk menjadi saksi
kemerdekaan negara kita
tapi 
agak aneh bagi tahun ini
tak meriah
hari ini tenggelam
mereka sudah lupa agaknya


pada mereka hari ini 
ialah 
hari raya yang kedua
tiada yang istimewa agaknya
mereka lalai
mungkin dalam fikiran mereka fikir

"ah...raya sebulan...baru raya kedua.....banyak lagi rumah tak melawat nih"

"hmmm...sekejap lagi nak melawat rumah pak long pula...ada rumah terbuka...nak pakai baju apa eh"

"semalam kutip duit raya di kampung ibu....hari ini kampung ayah pula"

alahai
sedihnya
mereka sudah lupa
tak teringat kah?
apa yang istimewa pada hari itu?
ahhh
mungkin
ada yang ingat

"dah boleh cabut bendera Malaysia nih....nak beraya rumah rumah orang lain pulak...nanti orang kata poyo"



"bendera Malaysia ni sudah boleh diturunkan....malu lah orang datang rumah beraya"



adoyai
lagi memeritkan
kalau ini yang terlintas di fikiran


bulan syawal itu sebulan
hari kemerdekaan sehari je
apalah sangat
kalau kita dedikasikan hari itu
untuk menyemat rasa patriotik dalam diri
agar generasi muda tidak makin lupa
lalu terus hanyut 
dengan dunia mereka
biarlah
ada sedikit pengisian 
dalam jiwa mereka
mengenai
jati diri
anak bangsa
MALAYSIA!

AKU ANAK MALAYSIA!


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA
YANG KE 54

2 comments:

  1. bagoslah...menunjukkan owg lebih pntgkn sambutan dlm islam...x gitu? hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...