Saturday, July 9, 2011

kerana sekeping syiling



kisah sekeping syiling




layan~~~ :)



Pada suatu hari jumaat yang hening
Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang jumaat.

 


mak Amat memberikan seringgit 
untuk tambang bas pergi dan balik
memandangkan 
Amat dah pun makan tengahari di rumah.
adapon,
perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. 
Amat pon membayar tambang bas kepada konduktor.
lalu 
konduktor tu pun memulangkan baki wangnya 
dengan 
duit syiling 50 sen sekeping.




Amat pon ambik duit tu 
lalu
simpan dalam kocek baju melayunya. 


sesampainya di masjid,




Amat pon mengambil tempat di saf kedua
 memandangkan saf pertama sudah pun penuh.



selesainye khutbah.... 
pak imam pon mengimamkan solat Jumaat berjemaah itu. 
Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..
semasa para jemaaah rukuk...
tiba-tiba 
duit 50 sen nya jatuh
dan 
jatuh tergolek
 betul2 
di bawah telapak tangan orang dihadapannya..
bila pikir nak jalan kaki 
balik rumah di panas2 terik tu..
amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... 

Amat: 

"jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." ..

lalu orang itupun menjawab..

"alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". 

lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut 
kerana 
Amat bercakap di dalam sembahyang 
lalu 
dia berkata...

" eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap"..

selepas itu,
ada seorang yang lain pula bersuara

" yang kau bercakap tu aper ".... 


sembahyang mereka pun terbatal hanya kerana 50 sen. 




MORALNYA : 

jangan bercakap dalam sembahyang..
lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...